jBaik 's FotoPage

By: jBaik quilting

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 11-Jun-2008 03:18 Email | Share | | Bookmark
Produk Quilt N Patchwork Yang Pertama

 
 
 
View all 6 photos...
Training

Kami telah menyertai kursus yang dibuat oleh Flower Girl Sdn. Bhd. Disana kami telah menghasil satu selimut untuk katil bujang.Kami mempelajari asas-asas quilting dan patchwork.Kami juga diperkenalkan dengan peralatan-peralatan untuk menjahit quilt.

Atas kesibukan bekerja kami telah menghabiskan kursus dalam jangka masa yang agak panjang.Hasilnya memang amat memuaskan.

Selain itu kami juga akan mempelajari cara menjahit beg tote,pot holder,table mate dan banyak lagi.Jadi jangan lupa layari blog kami untuk mengikuti cerita-cerita terbaru kami.


Tuesday, 10-Jun-2008 10:57 Email | Share | | Bookmark
Bengkel Seni Quilt & Patchwork

 
 
 
View all 7 photos...
Quilt N Patchwork

Quilt merangkumi dua atau tiga lapisan fabric iaitu, lapisan atas biasanya adalah patchwork atau apa-apa kepingan fabric yang besar berbentuk satu design, di tengah atau lapisan kedua ialah isian dikenali sebagai batting dan lapisan ketiga ialah sekeping fabric.

Ketiga-tiga lapisan ini dicantum atau dilekatkan dengan jahitan lurus atau belekuk- lekuk.Ditepi pula disalut dengan binder atau pita.

Patchwork dalah proses menjahit secara mencantum bersama carikan fabric,perca fabric atau fabric yang telah dibentuk sama ada satu blok atau apa-apa bentuk untuk dijadikan satu design, corak atau applique iaitu proses menjahit kepingan-kepingan fabric yang berlengkok-lengkok berupa motif ke atas kepingan fabric.Contohnya motif bunga,bintang atau benda dll.

Kelas Jahitan Quilt Yang ke-3

Disertai seramai lebih kurang 10 orang peserta dari kampung Janda Baik,Pahang. Bertempat di kediaman Puan Rusma yang dijadikan kelas bengkel tersebut.Projek pertama yang kami lakukan ialah "table runner".Bermula dengan membuat ukuran, pemilihan warna fabrik, cara memotong fabrik menggunakan alat pemotong khas bagi kelas yang pertama.

Kelas yang ke-2 pula dimulakan dengan membentuk applique. Menampal dan mengunting applique dan menampalnya di "base". Seterusnya jahitan tangan insang pari dijahit disekeliling applique.

Kelas yang ke-3 pula adalah untuk jahitan menggunakan mesin jahit. Kerja-kerja mencantum fabrik untuk dijadikan block dilakukan. Selepas itu dicantum pula dengan applique dan seterusnya menhajit boder diesekelilingnya.Setelah selesai langkah yang terakhir iaitu untuk membuat backing dimulakan.

Semua berjalan dengan lancar dan peserta dapat menguasainya dengan cepat dan mudah.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net